nuffnang Ads

.

2019/11/05

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU

Interesting speech to read from Ex Presiden Alumni bekas Pelajar murid2 tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

[17/09, 1:38 pm] Tan Sri Dato' Dr Megat Najmuddin Megat Khas: 



Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, *Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi,* sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan *peneroka dan kini 4 generasi* mereka terperangkap sebagai *peneroka FELDA* yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana *FELDA dihancurkan oleh bukan Cina.* *Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.*
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan *bank safe deposit kuasa UMNO* yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
*Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita*. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP? 
*Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.*
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf  parti *GERAKAN* yang berkuasa disana?
*Kenapa salahkan DAP* yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
*Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP* .
*Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.*
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada *ramai ahli Melayu.* Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara *MCA* dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam *bahasa Cina* menakala *DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.*
MCA didalam perlembagaanya *menolak Perkara 152* iaitu *Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan* dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik  dinegara ini dan faham matlamat mereka semua.  *Semua mereka kecuali MCA* seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

*Jelasnya inilah manipulasi UMNO.*

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan *Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.*
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

*Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu* tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari *persepsi* perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya *menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .*
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

*Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
*Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik* sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,
 Kluang.

*Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969* yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.
*YB2 Melayu UMNO* kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

*Apakah semua ini angkara DAP ?*

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha *menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.*

*Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO* yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

*Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.*

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

*Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.*

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. *Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.*

Maka di atas pendekatan ini lah *pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina* dan *membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.*
Ini jelas dilaksanakan secara *halus dan sulit* di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya *mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina* yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan *prasangka jahat terhadap Cina* untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu *menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.*

Maka kini berjayalah *UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.*

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
*Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.*

Bahkan *DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.*

Dimana UMNO dalam BN ? *Satu* parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, *Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama* yang membentuk *kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya* tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah *kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden* ini adalah ditentukan oleh *bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.*

*Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.*

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
*Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.*

*What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.*

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.
*Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.*

Kini telah wjud *wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.*
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar *China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.*
*Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.*

Puncaknya kini *UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.*
Apakah akan berlaku *transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.*

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh *kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?*

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor *adalah malapetaka dan angkara DAP ?*

*Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Neg  ara .*

[17/09, 1:42 pm] Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Interesting viewpoints! We Malays, esp UMNO/PAS,love to blame DAP for our problems! Fair it not? Read on please!

FATWA UNDI BUKAN ISLAM PAS BERUBAH-UBAH, INI KAEDAH ISLAM YANG SEBENAR


Lolz
 
 
FATWA UNDI BUKAN ISLAM PAS BERUBAH-UBAH, INI KAEDAH ISLAM YANG SEBENAR

.Ramai yang telah beri amaran tentang bahayanya menggunakan agama secara keterlaluan dalam politik. Ada perbezaan yang besar di antara; tidak mahu menggunakan agama dalam kempen politik dengan menolak agama dalam politik. Seringkali ahli politik yang tidak menggunakan agama dalam kempen politik dilabel sebagai orang yang memisahkan agama dari politik (baca: sekular). Ia adalah persoalan yang kompleks, dan memerlukan perbincangan yang matang, bebas dari emosi.

Sudah lama kami ingin mencari contoh yang praktikal untuk memperlihatkan bagaimana ‘meng-agamakan’ politik membawa kesan yang tidak baik, bahkan mampu memalukan diri sendiri…

Contoh yang paling baik adalah bagaimana ‘fatwa’ PAS tentang calon pilihan raya bukan Islam…

Ulama PAS tegaskan, larangan parti tu untuk undi calon bukan Islam dalam pilihan raya bukan bersifat mutlak, sebaliknya bergantung kepada keadaan tertentu. Ketua Ulama PAS Pusat, Dr Nik Zawawi Salleh kata; penentangan parti itu terhadap calon bukan Islam berdasarkan kepada sentimen berlainan agama atau bangsa.

1
Dr Nik Zawawi. Via Berita Harian

Katanya Islam tak larang untuk berbuat baik dan melakukan keadilan kepada non-Muslim yang tidak melawan Islam. Nik Zawawi kata kata macam tu semasa buat gesaan kepada pengundi Tanjung Piai untuk memberikan undi kepada calon dari MCA – yang mewakili pembangkang – dalam PRK kali ini.

“Walaupun calon dari Muafakat Nasional (gabungan PAS dan Umno) yang diwakili oleh BN adalah non-Muslim, namun ia bukanlah terlarang secara mutlak,” – Nik Zawawi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Jb04 281019 Calon
Calon MCA di Tanjung Piai. Via The Star

Benda ni berbeza dengan gesaan semasa PRK Cameron Highlands. Masa tu Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang kata pengundi Islam wajib sokong calon BN berdasarkan kepada sifat keagamaannya. Menurut TG Hadi Awang, umat Islam tak sepatutnya pilih calon DAP yang menurutnya menunjukkan tanda-tanda negatif yang tak dapat disembunyikan terhadap Islam.

3
Via Suara Rakyat

“Kita minta supaya kaum yang bukan Islam kalau mahu selamat, jangan undi DAP. Undi calon Islam ini, semua selamat. Orang Islam selamat, orang bukan Islam pun selamat,” – TG Hadi Awang, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Mokhtar Senik pulak kata, orang yang menentang PH semasa PRK dapat pahala…

Seorang lagi ulama kanan PAS, Mokhtar Senik, berpendapat anggota PAS, petugas dan penderma PAS dapat pahala kerana bantu kemenangan BN di PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Menurut anggota Jawatankuasa Pusat PAS tu, mengalahkan PH adalah sebahagian daripada amalan mencegah kemungkaran yang tarafnya sama penting dengan menegakkan kebaikan.

4
Mokthar Senik. Via MalaysiaKini

Bagi PRK Tanjung Piai yang akan berlangsung pada 16 November ni, PH turunkan calon Melayu dan Islam, iaitu Karmaine Sardini. Nik Zawawi kata walaupun calon terbabit bukan dari DAP, beri undi kepada PH didakwanya boleh dianggap mengekalkan kuasa parti terbabit dan ia adalah mudarat besar yang mesti dielakkan.

“Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS Pusat menyokong calon yang dikemukakan dari MCA, Wee Jeck Seng untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 nanti. Sokongan ini berasaskan kepada semangat Muafakat Nasional yang telah dimeterai di antara PAS dan Umno pada 14 September lalu, sekali gus melibatkan parti-parti dalam komponen Gagasan Sejahtera dan BN,” – Mokhtar Senik, dipetik dari MalaysiaKini

Anggota parlimen Pasir Puteh itu kata “wajib” untuk sokong usaha “menyelamatkan negara” ketika ni.

Fatwa tu sebenarnya hanya untuk kepentingan parti, ini garis panduan sebenar Islam tentang pemimpin bukan Islam…

“Fatwa” berubah-ubah mengikut kehendak parti, bukan sekadar tak baik, malah boleh lahirkan imej buruk pada agama Islam. Apatah lagi, apabila fatwa itu disertakan dakwaan kononnya ia ajaran kitab suci muslim – al-Quran.

Prk Tanjung Piai
PRK Tanjung Piai. Via Berita Harian

Dalam tempoh 600 tahun selepas kewafatan Rasulullah, seorang ulama Islam bernama Ibn Taimiyah mengungkapkan sedemikian, “Allah tolong negara yang adil, walau ia diperintah non-muslim sekalipun. Allah tak akan tolong negara yang zalim, walau diperintah oleh muslim sekalipun”.

Kenyataan ini, jikalau direnung, didapati mempunyai kebenarannya sendiri:

Soal adil dan zalim, ia takde kaitan dengan status agama seseorang

Dalam dunia pun, memang ada muslim yang kuat beribadat, tapi zalim terhadap anak dan isterinya. Macam tu jugak dari sudut pemerintahan yang dilihat dari sejarah umat muslim dalam dunia.

5
Via Islamic Poster

Takde siapa pun boleh nafikan bahawa ada pemimpin dari kalangan non-muslim yang adil. Dari sudut Hadis pun, Nabi saw pernah puji keadilan Raja Habsyah yang ketika tu beragama Kristian. Malah, apabila sebilangan sahabat dapat penindasan daripada orang-orang besar Quraish di Mekah, nabi mengarahkan diorang berhijrah dan mendapat suaka politik dari Raja Habsyah tu.

Status anutan agama seseorang, adalah urusan dirinya dengan Tuhannya

Status anutan agama seseorang, adalah urusan dirinya dengan Tuhannya. Namun, soal adil dan zalim, benda tu libatkan hubungan sesama manusia. Dengan sebab tu, rakyat muslim dan non-muslim pasti menderita di bawah pemimpin zalim. Berbeza dengan pemimpin adil, sudah pasti semua pihak akan mendapat kebaikan daripada pentadbiran tersebut.

Inilah pemimpin. Via Giphy
Allah takkan binasakan sesebuah tempat, walaupun penghuninya terdiri daripada non-muslim

Dalam Al-Quran – Surah Hud 11 : 117 – Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan membinasakan sesebuah negara atau negeri, andai penghuninya terdiri dari kalangan non-muslim – sepertimana kupasan Imam al-Razi – saling melakukan kebaikan, keadilan, kebajikan dan kemakmuran (Arab: muslihun).

Matlamat utama politik Islam adalah untuk capai kebaikan pada rakyat jelata, tak kisahlah siapa yang jadi pemimpin…

Sebab itu kami kata penggunaan agama yang keterlaluan dalam politik boleh mendatang masalah dan malu pada diri sendiri. Kalau dahulu mungkin ‘PAS’ berfatwa supaya menyokong DAP kerana kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat, atau yang lebih jauh ke belakang; Barisan Alternatif.

Lol2
Siapakah akan menang? Via FMT

Sekarang fatwanya berbeza, kerana ‘kawan’ pun dah berbeza. Ia beri masalah apabila ‘fatwa’ tak konsisten dan bergantung pada keuntungan parti.  Tujuan politik dalam Islam adalah mencapai kebaikan untuk rakyat jelata. Sebarang pelantikan pemerintah hendaklah berorientasikan matlamat tu, tak kira apa anutan agamanya, dan tak kira apa bangsa dan etnik dia.

Kedua, dalam capai tujuan itu, al-Quran menyatakan pemimpin perlu ada dua sifat, iaitu berkemampuan dan beramanah. Banyak perbezaan berlaku dalam kalangan muslim berkenaan pelantikan non-muslim sebagai pemimpin – hakikatnya berfaktorkan kepentingan politik, bukan penafsiran teks wahyu yang mengikut tatacara pemahaman yang sebenar.

Bagi bahagian Fatwa sebenarnya hanya untuk kepentingan parti, ini garis panduan sebenar Islam tentang pemimpin bukan Islam, ia diambil dan disunting dari website SAUDARA.

2019/07/04

PEMBANGKANG MAKIN TERDESAK

**

Kredit : FB Shaid Ahmad

Pembangkang terdesak untuk menukar kerajaan sebelum anwar menjadi PM kerana bimbang dengan PH yg dilihat mendapat momentum dengan keadaan ekonomi negara yg pulih sedikit demi sedikit, harga barang yang stabil dan perpaduan antara kaum yg harmoni...

Itu sebabnya pada bulan Jun 2019 ni, pembangkang mendesak pembubaran Parlimen, penyebaran video seks dan mempercepatkan penyatuan UMNO dan PAS...

Fitnah ahli Parlimen PH akan membuat undi tidak percaya pada Tun M ketika sidang Parlimen nampaknya tidak berhasil...

Pembangkang merancang supaya kerajaan akan bertukar sebelum PRU-15 kerana jika lebih lama, rakyat akan perlahan-lahan tidak akan percaya kepada UMNO lagi.. .

Mereka dengan sedaya upaya akan cuba memporak perandakan parti keadilan melalui penyebaran video seks ni...

Rancangan mereka sebenarnya ingin menyebarkan lebih lewat iaitu mungkin awal tahun depan, namun kerana keadaan terdesak, penyebaran video seks lebih awal...

PH kena tenang dan percaya antara satu sama lain... Mulai 2020, UMNO akan kehilangan ramai pemimpin utamanya kerana disabitkan pelbagai kesalahan antaranya rasuah dan salah guna kuasa...

Jika keadaan itu berlaku, amat mustahil UMNO akan bangkit semula pada PRU-15...
Itulah yang ditakuti oleh UMNO dan PAS.

*Banyak fitnah disebarkan oleh pembangkang kerana mereka tidak melihat kandungan Buku Harapan (MANIFESTO PH PRU 14)*..

Mereka hanya menyerang menggunakan sentimen kekecewaan dan menyebarkan berita palsu..

Contohhh:

1. Harga Petrol:
Fakta Buku Harapan: Menstabilkan harga petrol + subsidi bersasar
Fitnah Pembangkang: Petrol RON95 RM1.50

2. PTPTN:
Fakta Buku Harapan: Penangguhan pembayaran PTPTN sehingga gaji cecah RM4000.00
Fitnah Pembangkang: Hapus PTPTN (Ini manifesto PAS)

3. STATUS 10 JANJI UTAMA BUKU HARAPAN:

i. Hapus GST: Telah Dilaksanakan

ii. Stabilkan Harga Petrol: Telah Dilaksanakan - harga siling RON95: RM2.08

iii. Hapus Hutang Tidak Wajar FELDA: Sedang Dilaksanakan

iv. Skim Caruman KWSP Suri Rumah: Telah Dilaksanakan - Skim i-Suri

v. Samarata Gaji Minimum: Sedang Dilaksanakan

vi. Tangguh Pembayaran PTPTN bagi Gaji Kurang RM4000: Telah Dilaksanakan

vii. Menyiasat Kes 1MDB, Tabung Haji, FELDA, MARA: Sebahagian agensi telah diaudit dan dalam proses pemulihan.

viii. Melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 untuk Sabah dan Sarawak: Sudah Dilaksanakan namun gagal capai majoriti 2/3 kerana Ahli Parlimen BN, PAS dan GPS berkecuali dalam pengundian (Tidak Mengundi)

ix. Skim Peduli Sihat: Telah Dilaksanakan - PeKA & MySalam

x. Kajian Projek Mega yang dianugerahkan pada negara asing: Contohnya ECRL telah dirunding dan dijimatkan kos sebanyak RM21.6 billion.

Pembangkang tidak nampak isu Royalti minyak RM1.4b diberikan kepada Kelantan dan RM683j telah diberikan kepada Terengganu dimana di era Najib dinafikan haknya.

Pembangkang tidak.  nampak Peruntukan MP diberikan kepada MP Pembangkang dimana sebelum ini era Najib semua ini tidak wujud..

ITULAH ANTARA FAKTA KEBENARAN KERAJAAN PH YANG TELAH DI PUTARBELITKAN DAN REKAAN FITNAH OLEH PEMBANGKANG YANG KECEWA SETELAH KALAH DLM PRU 14...

KINI... GOLONGAN INI AKAN REKA DAN CIPTA PELBAGAI PUTAR BELIT DAN FITNAH UNTUK MEMBURUKAN PENTADBIRAN KERAJAAN PH....

MEREKA AKAN ADU DOMBA SERTA HASUT RAKYAT DENGAN PUTAR BELIT DAN MEMBURUKAN PERKARA2 BAIK... PERKARA2 POSITIF YG KERAJAAN PH TELAH LAKSANAKAN UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA DAN KEMAKMURAN RAKYAT.

MEREKA PEMIMPIN2 PEMBANGKANG(UMNO/PAS) SERTA PARA PENYOKONG SERTA PENGIKUTNYA AMAT TAKUT DENGAN KEJAYAAN PENTADBIRAN KERAJAAN PH YG DAPAT LAKSANAKAN PEMULIHAN PEMBANGUNAN NEGARA DAN KEMAKMURAN RAKYAT YG POSITIF..  KERANA PELUANG UTK UMNO YG DI SOKONG PAS UTK BERKUASA SEMULA AKAN HILANG DN BERKUBUR TERUS..
JADI MEREKA SANGGUP.. CIPTA PELBAGAI FITNAH.. HASUTAN.. PUTAR BELIT DN MANIPULASI KEBAIKAN YG TELAH KERAJAAN PH BUAT UNTUK RAKYAT..

MERRKA LEBIH RELA NEGARA TERUS MEROSAK ASALKAN MEREKA DAPAT BERKUASA.... KERANA MEREKA HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI SAHAJA.. TANPA FIKIR MASA DEPAN ANAK CUCU MEREKA YG MENANGGUNG.

2019/05/13

Adakah Tidak Sah Tauhid Sesiapa Yang Tidak Mempelajari Sifat 20.?

Kredit : ID FB - Pemikir Kolot

Ada sebahagian penganut Sifat 20 mengatakan wajib mempelajari Sifat 20 untuk mengenal Allah Swt. Bahkan ada yang ekstrim lagi sehingga mengkafirkan sesiapa yang tidak menerima Sifat 20. Dengan kesimpulan Sifat 20 ini adalah untuk mengenal Allah Swt, jika tidak mempelajarinya bererti tidak mengenal Allah Swt, dan sesiapa yang tidak mengenal Allah maka ia kafir.

Yang pertama, jika tujuan akhir Sifat 20 ini adalah untuk mengenal Allah Swt, bagaimana kalau mereka yang mengenal Allah Swt bukan melalui Sifat 20? Kerana bagi mereka mempelajari kaedah Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, dan Asma' wa Sifat lebih memudahkan mereka untuk mengenali Allah Swt dan segala sifat-sifatNya. Kerana dengan kaedah ini tidak membuatkan mereka menolak atau mentakwilkan sifat-sifat Allah. Jika sah Islam dan tauhidnya, mengapa mengkafirkan orang yang menggunakan kaedah Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, dan Asma' wa Sifat dengan alasan ianya menyerupai Trinity ahli kitab?

Yang kedua, kalau dikatakan Sifat 20 adalah wajib untuk mengenali Allah Swt. Kami rasa masih ramai orang yang belum mengenal Allah Swt kerana masih ramai juga yang tidak mengetahui apa itu Sifat 20. Jadi adakah sah islam dan tauhidnya jika tidak mengenali Allah Swt dengan mempelajari Sifat 20? Apakah sah amal ibadat mereka selama ini? Ini kerana, berapa orangkah dari kalangan orang awam yang menghafal satu persatu usul sifat 20 dan jika ada yang menghafalnya satu persatu adakah mereka faham satu persatu maksud dan tuntutan dari Sifat 20 itu? Jika belum faham adakah bermakna mereka belum mengenali Allah Swt sebagai Tuhan mereka. Jadi kepada siapakah mereka beribadat selama ini? Sekali lagi kita tanya, ianya untuk memudahkan kita mengenal Allah Swt atau untuk merumitkan?

Malah dengan kaedah ini boleh membuatkan orang mengenali dan menyembah Tuhan yang tidak memiliki sifat. Ini kerana setiap nas al-Sifat yang dikhabarkan dari Allah dan RasulNya yang bertentangan dengan kaedah yang mereka tetapkan itu akan ditolak (sebagaimana mereka menolak sifat yang lain seperti: Istiwa', Turun dan Tangan kerana bercanggah dengan kaedah Sifat 20). Ini seolah menyembah sesuatu yang tidak wujud. Sebagaimana kenyataan sebahagian ulama yang berbunyi:

"Seorang al-Musyabbih (yang menyerupakan sifat Tuhan dengan makhluk) menyembah berhala manakala seorang al-Mu'thil (yang membatalkan sifat Tuhan) menyembah sesuatu yang tidak wujud. Sebaliknya seorang al-Muwahhid (mentauhidkan Allah) menyembah Tuhan yang menjadikan langit dan bumi."
[Kenyataan Ibnu Taimiyyah diperolehi dari kitab al-Tanbihat al-Sunniyyah 'ala al-Aqidah al-Wasotiyyah; Abd al-Aziz bin Nasir al-Rasyid, hlm. 9]

Bukankah perbincangan Sifat 20 baru bermula di zaman selepas masuknya pengaruh falsafah Yunani dan Ilmu Kalam ke dalam islam. Adakah para Imam mazhab dan ulama salaf yang tahu bahawa ianya wajib dipelajari untuk mengenal Allah Swt. Jika mereka tidak mempelajari Sifat 20 adakah mereka tidak mengenali Allah Swt? Jika ianya wajib pada zaman ini mengapa ianya tidak menjadi wajib pada zaman sahabat dan ulama salaf? Sedangkan ulama mengatakan: "Apa yang bukan agama pada zaman Nabi Saw dan para sahabat maka tidak menjadi agama pada zaman kita."

Seterusnya, kita katakan untuk mengenal Allah Swt bukanlah dengan cara dan kaedah yang ditetapkan oleh akal manusia atau mantik falsafah al-Yunan. Manusia tidak akan dapat lari dari tersalah mahupun tersilap, tidak ada sesiapa yang menafikan hal ini. Kemampuan ilmu dan akal manusia juga terbatas. Bagaimana akal manusia yang terbatas dan lemah ini boleh menetapkan sifat-sifat apa yang layak dan apa yang tidak layak bagi Allah Swt dan mampu mengenal Tuhannya tanpa wahyu? Maka tidak ada cara lain untuk mengenal Allah Swt melainkan dengan apa yang diajarkan sendiri oleh Allah Swt dan RasulNya dan dengan cara para sahabat dan para as-Salaf as-Shalih mengenal Allah Swt.

Jika ada yang meyakini dengan Sifat 20 mereka boleh mengenal Allah, janganlah mereka mengatakan orang yang tidak memperlajari Sifat 20 tetapi mentauhidkan Allah Swt dengan Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma' wa Sifat itu sebagai sesat, songsang atau tidak mentauhidkan Allah Swt. Kerana mereka yang tidak mempelajari Sifat 20 tidak meyakini dengan kaedah Sifat 20 ini mereka boleh mengenal Allah. Kerana apa sahaja yang datang dari Allah dan Rasul-Nya bercanggah dengan kaedah Sifat 20 akan ditolak secara 'sopan' dengan kaedah al-Takwil. Jika begitu bagaimana untuk mengenal-Nya kalau apa yang empunya sifat sendiri mengabarkan tentang sifat-sifatnya kita tidak mempercayai? Tetapi kita lebih mempercayai akal-akal ahli falsafah al-Yunan. Apakah para sahabat, tabi'in dan ulama salaf tidak memiliki akal? Jika mereka memiliki akal mengapa kita tidak mengikuti akal mereka yang semestinya lebih selamat.

Jika kaedah Sifat 20 ini tidak membawa kepada penafian sifat-sifat Allah Swt dengan mentakwilkan sifat-sifat Allah Swt yang terang yang jelas disebutkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah misalnya sifat Istiwa' di atas Arasy, Turun, Tangan, Mata dan sifat-sifat yang lain maka kita tidak ada masalah dengannya. Yang menjadi masalah apabila menggunakan Sifat 20 yang ditetapkan oleh ilmu dan akal orang-orang Yunani (yang belum tentu mereka itu beriman) yang terbatas lalu menolak dan mentakwil sifat-sifat Allah Swt yang dari al-Quran dan al-Hadis supaya menepati dan tidak bertentangan dengan kaedah yang ditetapkan oleh ilmu dan akal manusia yang terbatas (berdasarkan akal ahli falsafah Yunani).

Dan sekaligus menjawab tuduhan mereka yang mengatakan bahawa kami jumud kerana menolak akal. Kami katakan, kami tidak menolak akal, tetapi mereka yang menamakan kaedah mereka itu sebagai akal. Kaedah yang baru wujud setelah penterjemahan kitab-kitab Yunan.

Yang kita tolak adalah kaedah yang mereka tetapkan dari kaedah-kaedah falsafah Yunan itu yang mereka namakan sebagai 'akal'. Itulah yang kita tolak. Bukan bererti kita tidak menggunakan akal atau menolak akal. Kerana banyak ayat di dalam al-Quran yang menyuruh kita berfikir menggunakan akal. Tetapi akal yang sahih iaitu akal para sahabat dan al-Salaf as-Shalih.

Wahabi Mengkafirkan Sesama Umat Islam..?

Kredit : Id Fb - Pemikir Kolot

Isu "Wahabi mengkafirkan sesama umat Islam" ini adalah isu yang lapuk tetapi masih dikitar semula oleh pihak penentang yang jauh tertinggal di belakang. Sebaliknya sudah ramai yang telah mengetahui hakikat sebenar dakwah Syeikh Muhammad ibn Abd Wahab. Jika 30 tahun dahulu pada zaman yang mana maklumat sukar di dapati mungkin isu ini laris dipasaran. Tetapi pada zaman ini yang mana maklumat mudah di dapati dan tulisan-tulisan dan kitab-kitab Syeikh Muhammad ibn Abd Wahab boleh didapati mungkin isu ini agak kurang laris.

Jika benar dakwaan mereka maka bawakanlah bukti dari kitab Syeikh Muhammad ibn Abd Wahab sendiri atau usul di dalam "Wahabi" yang mengatakan wajib atau mesti mengkafirkan sesama muslim untuk membuktikan kebenaran dakwaan mereka itu, jika tidak ia adalah tuduhan dan fitnah semata-mata.

Jika usul manhaj "Wahabi" mengkafirkan sesama muslim barulah boleh dikatakan mereka mengkafirkan sesama muslim. Sedangkan "Wahabi" bermanhaj Salaf. Tetapi jika ada beberapa pengikut yang mengkafirkan itu bukanlah bererti "Wahabi" yang mengkafirkan sesama umat Islam, tetapi itu hanya individu. Jika hanya individu maka tidaklah adil untuk mengatakan "Wahabi" itu sendiri mengkafirkan sesama umat Islam tetapi cuma individu tertentu. Kerana setiap mazhab dan aliran tidak terlepas dari pengikut-pengikut yang taksub dan mengkafirkan sesama umat Islam.

Misalnya, ada yang mendakwa bermazhab Syafie tetapi mengkafirkan "Wahabi" dan sesama umat Islam yang lain maka bukanlah Imam Asy-Syafie atau mazhabnya yang salah kerana mengkafirkan sesama umat Islam, tetapi yang salah adalah individu tersebut.

Bahkan dalam mazhab Asya'irah sendiri juga ada yang mengkafirkan sesama umat Islam. Sejarah Ibnu Tumart membuktikan kebenaran dakwaan ini. Ini tidak bermakna Imam Abul Hasan al-Asy'ari yang mengkafirkan atau mengajarkan supaya mengkafirkan sesama umat Islam.

Sedangkan Syeikh Muhammad ibn Abd Wahab sendiri mengatakan bahawa dia tidak mengkafirkan ahli kiblat.

Jika mereka tidak membawa bukti dari kata-kata atau dari kitab dan tulisan Syeikh Muhammad ibn Abd Wahab sendiri bahawa dia mewajibkan pengikutnya mengkafirkan sesama umat Islam maka kita kira dakwaan mereka hanyalah tuduhan kosong dan fitnah yang tidak ada asal.

Jika Syiah kita katakan sesat maka kita boleh buktikan dari kitab-kitab mereka yang bertentangan dengan manhaj Salaf malah mencaci maki as-Salaf as-Shalih (sahabat serta isteri-isteri Nabi Saw). Jika benar "Wahabi" dikatakan "sesat" dan "menyeleweng" seperti Syiah, mengapa tidak dilakukan seperti yang dilakukan kepada Syiah dengan mengeluarkan kesesatan mereka dari kitab-kitab mereka? Keluarkan dari kitab-kitab atau tulisan-tulisan Syeikh Muhammad ibn Abd Wahab yang bertentangan dengan usul Ahli Sunnah wal Jamaah.

2019/04/05

Jemputan Top Eleven

Adakah anda mampu menjadi pengurus pasukan bola sepak yang handal? Sertai saya di Top Eleven, permainan simulasi pengurusan bola sepak yang terbaik! https://topeleven.onelink.me/topeleven/466f7d24/?viral_id=-8645686212061970637

2019/04/02

KARNIVAL PARLIMEN SRI GADING 1.0

📢📢📢📢🔈🔈🔈🔈🔈🔈 **☄☄☄

*3 Karnival dlm 1*
*KARNIVAL AGROTANI 2019*
*KARNIVAL ANAK JOHOR 2019*
*HARI KERJAYA & USAHAWAN 2019*

*BERTEMPAT: PUSAT PERNIAGAAN MS CAHAYA PARIT RAJA*

*ANJURAN*:-
*_PARLIMEN SRI GADING P149_*

*ANJURAN BERSAMA*:-
*_PERSATUAN PENJAJA & PENIAGA KECIL MELAYU GEMILANG JOHOR PARLIMEN SRI GADING_*

*_PERSATUAN PENIAGA & PENJAJA BUMIPUTRA PARIT RAJA_*

*_PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAYANGI BATU PAHAT_*

*KERJASAMA*:-
❇ *MS CAHAYA*
❇ *SINAR HARIAN*
❇ *PDRM*
❇ *RELA*
❇ *TEKUN*
❇ *MARA*
❇ *PUNB*
❇ *SSM*
❇ *MAYBANK*

*TARIKH: 03 HINGGA 13 APR  2019* *( 11 HARI)*
*_MASA - 10pg - 11.30mlm_*

*Antara aktiviti2 diadakan seperti :-*
- *_PAMERAN KERAJAAN_*
- *_PROGRAM SATU KG SATU PRODUK TANI_*
- *_TAKLIMAT PEMBIAYAAN _*
- *_QASIDAH_*
- *_PERTANDINGAN KOMPANG _*
- *_PERTANDINGAN ZAPIN_*
- *_PERTANDINGAN CEKETENG_*
- *_PERTANDINGAN MEMASAK_*
- *_PERTANDINGAN GUBAHAN_*
- *_PERTANDINGAN MEWARNA_*
- *_PERTANDINGAN DAM HAJI_*
- *_STREET SOCCER_*
- *_SUKAN RAKYAT_*
🎙 - *_FORUM USAHAWAN & FORUM PENGKONGSIAN SAUDARA BARU_*
         ✳ *PU YEOP*
         ✳ *DR JAYSUMAN*
🎙 - *_ARTIS UNDANGAN_*
         ✳ *MAN KIDAL*
         ✳ *DATO NASH*
         ✳ *FEBIANS*
         ✳ *GENERATION*
         ✳ *SHILA KILAUAN EMAS*
         ✳ *NASIR BILAL KHAN*
         ✳ *EMCEE KING*
- *_SUPPA DUPA_*
🎼 - *_BUSKING_*
📦 - *_CABUTAN BERTUAH_*

* PELBAGAI AKTIVITI YG MENARIK MENANTI ANDA.*

*Pengiklanan :-*
1) BANNER
2) BUNTING
3) POSTER
5) MEDIA SOSIAL & FB ADS

*HARGA LOT:-*
🎪 *20'X20'* - *RM 2,000*
*(TEPI TAMBAHAN RM 200)*
- *KIPAS*
- *PLUG POINT*

*HARGA LOT:-*
🎪 *20'X10'* - *RM 1,200*
*(TEPI TAMBAHAN RM 200)*
- *PLUG POINT*

🔴 *BAYARAN DEPOSIT LOT 50% KE AKAUN MAYBANK JNR MAJU PADU ENT 512183148265*

*TEMPAHAN LOT DAN PERTANYAAN*:-
📞wasap.my/+60173318152 - JEFFRI